Sunday, April 10, 2011

KataHatiYangMungkinOrangTidakTahu~

'sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri' yup, tak kisah laa laki bini ke, kapel ke, motifnya di situ ialah antara dua insan, salah faham, kurang memahami, bertelingkah, bergaduh, merajuk memang tak dapat dielakkan, asam garam kehidupan, jangan bergusti sudah, mengikut pengalaman aku terhadap pengalaman orang lain, salah faham merupakan punca utama kepada pergaduhan.


bagi sesetengah perempuan, memiliki lelaki yang berjiwa baik memang tuah buat mereka, mungkin juga bagi sesetengah perempuan lelaki sedemikian agak merimaskan, mengapa aku berkata begitu? korang fikir la sendiri, korang semua dah besar, dah matang kan? banyak perkara yang membuatkan perempuan merasakan lelaki merimaskan, leceh dan itu juga menyumbang kepada salah faham, lelaki pun satu hal, faham-faham je laa yang perempuan kau tak suka cara kau, baru bahagia hidup.

kata hati kecil ;


awak, tiap tiap hari kita sms awak, call awak, dulu awak suka kita selalu sms tak puas dengar suara kita katanya awak, tapi sekarang awak rasa sedikit rimas, mungkin awak sibuk dengan kehidupan, kita sms awak bukan nak ganggu awak selalu cuma kita nak awak tau kita selalu ingat awak.


awak, kita selalu tanya mana awak pergi, kita selalu minta awak sms kita kalau pergi situ pergi sini, sms kita kalau dah sampai situ sampai sini, bukan kita nak awasi gerakan awak, tapi kita terlebih bimbang, katakanlah awak masih sms kita masa kat tempat A, tapi bila kat tempat B awak tak sms kita, so, kita tau awak ada masalah kat situ, kalau awak rimas, tak apa lahh, kita tak mintak dah buat macam tu, kita tau awak pandai jaga diri.


awak, kita tak larang awak nak keluar lepak ngan kawan kawan awak, tapi jangan laa keluar melepak sampai 3 4 pagi, jangan laa keluar pakai ala kadar je, kita suka kawan kawan awak tengok awak pakai molek molek, kita suka kalau kawan kawan awak cakap awak dapat boyfriend or girlfriend yang jaga awak elok elok, awak nak keluar, keluar je laa, kita tak kisah, kita tau awak pandai jaga diri.


awak, kita belikan awak itu, kita belikan awak ini, bukan kerana nak bodek awak, memang kita nak bagi, kita suka bagi hadiah kat awak, kita pun tak tau kenapa, awak jangan laa bimbang, kita tak pernah pun putus makan sebab belikan awak itu ini, jangan laa rasa bersalah, kita tak pernah minta balasan dari semua tu.


awak, kita selalu marah marah awak, adakalanya kita tertenking awak, mungkin kita terluka dengan kata kata atau perbuatan awak, tapi kita tak pernah selitkan rasa benci dalam marah kita kat awak, kita janji dah tak tenking tenking awak, kita lebih pedulikan sayang kita kat awak dari tenkingan tu.

awak, kita suka cakap banyak banyak, cerita itu cerita ini dengan awak, maaf laa kalau buat awak rimas, tapi kita suka borak dengan orang yang kita sayang, suka awak tau apa yang kita tau, dulu, awak selalu nangis nangis sebab rindu nak dengar suara kita.

awak, awak jangan laa segan nak suruh kita ubah itu dan ubah ini, tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan, kita tak kisah pun, tapi kita kisah kalau awak suruh kita berubah jadi kaki clubbing ke, itu bukan cara kita, apa apa perubahan ke arah kebaikan kita ikut, kita suka, kita pun manusia biasa juga, banyak kekurangan, kata orang, kita tak kan nampak kekurangan diri kita melainkan orang disekeliling kita, maybe ada kebenarannya.

awak, maybe awak kurang percaya kepada janji, tapi awak kena percaya kepada kita, janji tu bukan main main bagi kita, kita akan tunaikan janji yang kita taburkan selama ini, cuma lambat atau sekejap saja, kita tak nak hiris tangan sampai berdarah semata mata nak tunjuk betapa ikhlasnya janji kita, cukup saja awak percaya dari air muka kita dan air mata kita.

malas dah aku nak taip, lenguh jari jemari ni, banyak lagi sebenarnya kata hati kecil tapi cukup lahh, aku pun malas dah interview orang sekeliling aku ni pasal kata hati dorang, takut aku disalah anggap pula kan? nanti aku pula yang kena, aku tulis ini entri bukan aku nak tujukan kepada sesiapa langsung, kalau ada yang terasa, aku mintak maaf :)

p/s ; lelaki memang tak reti nak menghargai, aku pun kadang kadang terasa menyampah!

No comments:

Post a Comment